Monday, March 2, 2009

Bersama penonton Melayu.

Entri ini adalah sesi dialog aku bersama beberapa penonton wayang yang aku jumpa petang tadi. Aku tidak dapat menonton wayang kerana duit aku di paras bahaya. Pada waktu-waktu ini 'kehendak' harus diabaikan dan keutamaan harus diberikan kepada 'keperluan' supaya tidak miss soru nanti. Ahaks.

Jadi, Disebabkan gian juga hendak ke panggung tetapi tidak boleh menonton, aku mengambil keputusan untuk membuat sedikit survey bersama beberapa orang penonton wayang yang sedang menunggu waktu tayangan filem mereka.

Aku menghampiri 2 orang remaja. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Aku agak pasangan kekasih. Si lelaki bercermin mata Chromax Ray Ban uptown dan berbaju T bertulisan Givi. Si perempuan memakai jeans Romp dan mengenakan T shirt yang tertera perkataan AKO CINTA KAMOO. Berusia dalam lingkungan awal 20an.

Aku : Hai...

si lelaki : ha... ( memandang aku dengan prejudis, atas bawah)

Aku : Tengok cerita apa?

Si lelaki : Ablasa

Aku: Oh...cerita hantu. Suka tengok cerita hantu ke?

Si lelaki : Tak jugak. Tak tau nak tengok cerita apa.

Aku : Suka tengok cerita Melayu?

Si perempuan : Agak la...

Si lelaki : Aku tengok kalau dia nak tengok ( memuncungkan bibirnya ke arah perempuan di sebelahnya)

Aku : oo.. Suka tengok filem Prof Razak buat ke?

Si lelaki : Ha? siapa?

Si perempuan : Ala awak... takkan prof Razak awak tak kenal? ( menyiku si lelaki)

Aku : Prof Razak yang buat cerita ni.

Si lelaki: Oh... aku tak peduli pun. Aku pakai tengok je, Dia ni lah nak tengok wayang sangat ( menjeling ke arah si perempuan)

Si perempuan : Kita suka tengok cerita prof. Kelakar.

Aku: Oh, ya... cerita dia memang selalu kelakar ( ehem!) . Korang selalu tengok wayang?

Si perempuan : Kalau ada cerita best tengok la.

Aku : kalau ada cerita melayu dengan cerita omputih yang best tengok cerita mana dulu?

Si perempuan : Cerita melayu kot. Kalau cerita Melayu tu kelakar ke, seram ke, confirm tengok punya. Tapi kalau cerita Melayu yang macam ntah hapa-hapa tu tak tengok la.

Aku : kau? ( aku tanya si lelaki)

Si lelaki : Aku tengok wayang kalau minah ni ajak je.

Aku : Awak... awak suka tengok filem Melayu kan? Filem ' Wayang' tengok?

Si perempuan: Erm... tak... macam tak best je.

Aku : Oh, ok. tak pe la k. Korang dah boleh masuk panggung.

Si lelaki : Kau tengok cerita apa?

Aku : Aku tak tengok apa-apa. Tak de duit.

Pasangan itu berlalu menuju ke dalam panggung. Aku mencari-cari siapa lagi yang aku nak tanya. Aku ternampak seorang budak lelaki. Bercermin mata, memakai kemeja. Nampak macam pelajar IPT.

Aku : Bro, sorang je ke?

Pelajar : Haah. ( melihat aku dengan prejudis. Orang Malaysia ni memang sangat prejudis ke apabila orang yang tidak dikenali menegur mereka?)

Aku : Tengok cerita apa?

Pelajar: Valkyrie

Aku: Wow! best tu.

Pelajar : Tom Cruise beb. Haha

Aku : Haha. Kau suka Tom Cruise ke kau suka cerita dia?

Pelajar : Dua-dua.

Aku: Kau tengok filem Melayu?

Pelajar : Tak kot.

Aku: Kenapa?

Pelajar : Baik aku tengok cerita Hollywood. Tak rugi duit aku.

Aku : Maknanya, tengok filem Melayu membazir la?

Pelajar : Haah, buat bazir masa dengan duit.

Aku : Kenapa kau cakap macam tu.

Pelajar : Kau tengok la cerita Melayu macamana. Aku terkena hari tu. Tengok Kala Malam Bulab Mengambang... Mengarut gila... Tak tau macamana filem tu boleh menang.

Aku : Oh, kau tak suka Mamat Khalid la?

Pelajart : Tak. Bukan dia je. Semua pengarah filem Melayu aku tak suka.

Aku: Hurm... Kau nak dia orang buat filem macamana baru kau suka?

Pelajar : Buat macam Hollywood buat la. Kalau Tak macam Hollywood pun buat macam Hong Kong punya filem. Ni asyik-asyik lawak bodoh. Cerita hantu. Cerita jiwang.

Aku : Oh, Yasmin Ahmad dengan U-Wei punya filem kau tengok?

Pelajar : Ha... dia orang ok sikit. At least, buat la cerita macam dia orang buat.

Aku : Kau tengok ke filem Yasmin Ahmad kat panggung?

Pelajar : Er...tak...aku tengok DVD.

Aku : Cerita U-Wei?

Pelajar : Aku tengok Perempuan isteri dan dot dot dot... Tapi bukan kat wayang la. Kat TV.

Aku : Ok, takpelah. Enjoy your film.

Pelajar : Kau tengok cerita apa?

Aku : Aku tak tengok, Takde duit.

Aku tinggalkan pelajar tadi. Aku mencari-cari orang yang boleh aku temubual. Ternampak sepasang kekasih yang agak dewasa. Aku menghampiri mereka.

Aku : Hai bang... tengok cerita apa?

Lelaki : Kenapa? ( Sekali lagi aku dipandang dengan prejudis )

Aku : Oh, saje tanya...

Lelaki : Ablasa.

Aku : Oh, cerita hantu. Kenapa tengok Ablasa?

Lelaki dan Perempuan : Macam best je iklan dia...

Aku : Suka cerita Prof. Razak?

Lelaki : Boleh la...

Perempuan : Suka... tak pernah miss tengok cerita dia. Tak tengok wayang akak beli DVD.

Aku : Oh, suka betul tu. Filem Melayu lain tengok tak?

Lelaki : Tengok keadaan la. Kalau ada, kitaorang tengok.

Perempuan : Dari tengok cerita orang putih, baik tengok cerita Melayu.

Aku : Cerita Yasmin Ahmad dengan Mamat Khalid tengok tak?

Perempuan : Tengok. Best.

Aku : So, tengok semua filem Melayu la ni... bagus lah akak ni.

Perempuan : haah.

Aku : Ok, la abang...akak... kawan saya dah tunggu.

Lelaki: Kau tak tengok wayang ke?

Aku : Haha...tak... takde duit...

Aku tengok sekeliling. Aku nampak ramai yang sedang beratur hendak membeli tiket. Tetapi aku tidak nampak ramai Melayu. Dan yang sedikit Melayu itu aku tak fikir lebih dari setengah akan menonton filem Melayu. Hurmmm....

3 comments:

miss_Vye said...

nice research....
sekarang nie..rmai dah suka citer tanah air..including me self...
hehe....

Aidi Rahimi Ibrahim said...

earth hour: 28th April 2009. 8.30 pm. remember

fadz said...

love ur research!