Saturday, February 21, 2009

fiksi pseudo intelektual

Aku lihat di sekelilingku kelam. tikus, busuk air longkang, hitam pekat. Tadi aku tunggang motor, ntah bagaimana aku hilang... macam mimpi. Sedar sahaja aku dalam longkang. Kepala pedih. Cecair merah mengalir. Aku sentuh dahi. Ada jelabak di situ. Pedih. Perit. Sakit macam sial.


Aku cuba panjat keluar dari longkang. Tangan kanan aku tak terangkat. Baru aku sedar tangan aku bukan tangan lagi. Hanya cebisan daging hancur. Aku melolong. Ngeri. Tiada siapakah nak tolong?

Mana dia kau? Katanya dulu nak sehidup semati dengan aku. Masa tengah tak tersiksa apa sahaja boleh keluar dari mulut.

Kau... tolong aku keluar dari longkang ni. Please.... fucking please.

Tengah sakit datang seorang lelaki Jerman... bermisai walrus. Aku lihat dia ketawa... Aku buat muka belas.

" Hail Hitler, tolong aku keluar dari longkang..."

" Hail ape? Hitler? siapa Hitler..."

Aku diam. Aku baru sedar. Bukan semua Jerman kenal Hitler. Macam bukan semua Malaysian kenal siapa Rashid Maidin. (Bolehkah persamaan ini?)

" Aku nak keluar, tarik aku"

" Aku boleh tolong tapi dengan satu syarat"

" Apa dia?"

" Jadi seorang superman... Tinggalkan agama kau... Anuti Zoroaster"

Aku diam... aku tengok dia. Dia dah tua, Misai walrusnya menutup mulut. Tengok pun aku tahu dia mental disorder.

" Takpelah pakcik. Aku tak mau."

" Ikut suka kau."

Dia blah. Aku kaget. Gelap malam dan busuk longkang. Sial. Tikus mula mengerumuni aku. Dua tiga ekor gigit-gigit daging tangan aku yang hancur. Dengan lahap tikus-tikus montok itu telan isi daging lengan aku.

Aku biarkan sahaja. Aku tahu masa aku sudah tiba. Tidak lama. Aku bersandar di dinding longkang. Cuba mengingati apa yang melanggar aku sehingga aku tercampak ke dalam longkang ini. Rasanya Sebuah treler petrol. Kalau tak silap semasa aku melayang, aku nampak logo kulit kerang. Warna kuning. Cibai... petrol memang menyusahkan aku.

Malam keliwon. Aku hampir boleh nampak apa sahaja melalui cahaya luna itu. Tiba-tiba aku disapa oleh seseorang. Aku pandang ke atas. Siluet.

" Bonjour..."

"Bonjour monsieur..." balas aku pendek. Lelaki Perancis mana pula ini. Aku amati wajahnya. Dia bercermin mata. Matanya kero. Mata kanan memandang ke barat dan kiri ke timur.

" Kau mesti tengah sengsara..."

" Ya..."

" Aku mahu menolong tetapi aku tidak fikir kau mahu"

" Kenapa? Kau boleh sahaja tarik aku keluar dari sini."

" Tidak semudah itu... Tiada jalan keluar dari longkang itu... Kau memang mahu keluar...tetapi kau tidak akan sanggup."

" Aku sanggup la pukimak... Kau tarik aku keluar sekarang...Sebelum tikus ini makan aku sampai habis..."

" Kau percayakan Tuhan? Kau sembah dia?"

" Aku percayakan Tuhan...tetapi ya....aku tidak selalu menyembah dia. Dia mahu aku sembah dia 5 waktu... Aku tak terlalu taat..."

" Aku akan tarik kau keluar tetapi dengan satu janji."

" Apa dia?"

" Lupakan Tuhan...dia tidak perlu disembah. Dia sudah campak kau ke dalam longkang ni, kenapa kau perlu sembah dia lagi? Dia tinggalkan kau...dan kau mesti tinggalkan dia."

" erm... tak mau la... takpela... aku tak mau. Nanti mati masuk neraka."

" Siapa kata mati nanti masuk neraka?"

" Orang lain kata. Ustadz kata"

" Haha neraka itu orang-orang lain... kau jangan percaya. Kalau masuk neraka pun, Aku bet kat neraka lagi meriah. Syurga hanya tempat untuk manusia-manusia yang boring."

" Takpe. Aku tak mau."

" Ok, kirim salam kat Riduan nanti. Itupun kalau kau jumpa dia kat pintu pagar syurga yang kau mahu tu. Ta Da."

Lelaki mata kero dengan pelat Perancis pekat itu berlalu mengikut arah yang sama dengan si tua dari Jerman.

Aku tahu. Harapan sudah tiada. Darah makin mengalir dari kepala. Bosannya mati seorang diri. Tikus makin mengerumuni aku. Aku biarkan sahaja. Seekor naik ke muka aku. Lalu gigit isi pipi aku. Gigi tajam tikus itu menggigit laju. Aku tergelak kegelian. Seekor lagi gigit telinga. Gigit hidung. Dalam beberapa minit sahaja badan aku dikerumuni tikus. Aku tidak tahan kegelian. Berdekah dan meraung kerana gigi-gigi kecil tikus itu menggeletek badan aku.

Sewaktu berdekah itu badan aku direntap oleh seseorang. Aku ditarik keluar dari longkang. Ada sesuatu di hadapan aku. Dia menyuruh aku mengikutnya. Aku ikut sahaja.

Akhirnya. Aku berjaya keluar dari longkang tersebut. Yeay.

Sunday, February 15, 2009

Layar Langit

Baru usai penggambaran filem pendek pertama aku. NAUSEA. Tadi sewaktu proses capturing di bilik editing aku agak kecewa dengan hasil visualnya. Tetapi Mike dan Ikha mengatakan aku terlalu paranoid. Mungkin. Aku terlalu ghairah untuk melakukan yang terbaik. Dan aku meletakkan standard yang terlalu tinggi untuk diri aku sendiri. Aku harap filem pendek ini akan dapat diselamatkan sewaktu proses online nanti. Harapnya.

Seorang pengarah tersohor mengatakan bahawa rasa tidak puas hati itu memang perlu ada dalam diri setiap pengarah pada hasil kerjanya. Dan aku harap rasa tidak puas hati yang mengganggu aku ini adalah sesuatu yang positif. Nausea masih dalam proses pembentukan. Dan aku harap ia dilahirkan dengan sempurna atau setidaknya masih mampu berdiri sebagai sebuah filem pendek. Tidak cacat lumpuh.

Nausea ini, telah membuka mata aku bahawa untuk menghasilkan satu-satu filem bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya bukan kerja satu kepala. Aku, Ikha dan Mike yang telah menubuhkan Layar Langit atau panggilan semangatnya adalah Gerila Layar Langit telah memberikan 100 peratus komitmen dalam menghasilkan filem pendek ini. Tetapi itulah, aku tidak punya pasukan gerila yang lengkap. Tentera-tentera upahan tidak akan bergerila dengan sepenuh hati. Dan aku sedar bahawa peperangan ini adalah peperangan tiga individu dalam layar langit yang bersemangat tetapi tiada sokongan. Apapun aku bersyukur kerana penggambaran dah tamat. Berjaya ditamatkan.

Nausea akan menjadi platform aku dan layar langit untuk menghasilkan filem pendek yang lebih bagus yang akan kami mulakan penggambarannya pada bulan 3 nanti. Sewaktu aku menumpukan perhatian pada Nausea yang sudah memasuki tahap Post Produksi, Kisah Dalam Kelambu iaitu Filem pendek kedua Layar Langit telah memulakan pre produksinya. Ikha kekal sebagai produser, manakala tugas Komandan atau pengarah pula diberikan kepada Mike. Aku akan mengambil tempat sebagai pembantu pengarah. Filem pendek 'Kisah Dalam Kelambu' ini ditulis oleh Ikha dan aku. Kami positif filem pendek ini akan dapat terbang jauh. Hahaha.

Sekarang kami sedang mencari pelakon-pelakon utama untuk filem pendek ini. Kisah Dalam Kelambu akan menggunakan pelakon yang profesional InsyaAllah.