Sunday, February 15, 2009

Layar Langit

Baru usai penggambaran filem pendek pertama aku. NAUSEA. Tadi sewaktu proses capturing di bilik editing aku agak kecewa dengan hasil visualnya. Tetapi Mike dan Ikha mengatakan aku terlalu paranoid. Mungkin. Aku terlalu ghairah untuk melakukan yang terbaik. Dan aku meletakkan standard yang terlalu tinggi untuk diri aku sendiri. Aku harap filem pendek ini akan dapat diselamatkan sewaktu proses online nanti. Harapnya.

Seorang pengarah tersohor mengatakan bahawa rasa tidak puas hati itu memang perlu ada dalam diri setiap pengarah pada hasil kerjanya. Dan aku harap rasa tidak puas hati yang mengganggu aku ini adalah sesuatu yang positif. Nausea masih dalam proses pembentukan. Dan aku harap ia dilahirkan dengan sempurna atau setidaknya masih mampu berdiri sebagai sebuah filem pendek. Tidak cacat lumpuh.

Nausea ini, telah membuka mata aku bahawa untuk menghasilkan satu-satu filem bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya bukan kerja satu kepala. Aku, Ikha dan Mike yang telah menubuhkan Layar Langit atau panggilan semangatnya adalah Gerila Layar Langit telah memberikan 100 peratus komitmen dalam menghasilkan filem pendek ini. Tetapi itulah, aku tidak punya pasukan gerila yang lengkap. Tentera-tentera upahan tidak akan bergerila dengan sepenuh hati. Dan aku sedar bahawa peperangan ini adalah peperangan tiga individu dalam layar langit yang bersemangat tetapi tiada sokongan. Apapun aku bersyukur kerana penggambaran dah tamat. Berjaya ditamatkan.

Nausea akan menjadi platform aku dan layar langit untuk menghasilkan filem pendek yang lebih bagus yang akan kami mulakan penggambarannya pada bulan 3 nanti. Sewaktu aku menumpukan perhatian pada Nausea yang sudah memasuki tahap Post Produksi, Kisah Dalam Kelambu iaitu Filem pendek kedua Layar Langit telah memulakan pre produksinya. Ikha kekal sebagai produser, manakala tugas Komandan atau pengarah pula diberikan kepada Mike. Aku akan mengambil tempat sebagai pembantu pengarah. Filem pendek 'Kisah Dalam Kelambu' ini ditulis oleh Ikha dan aku. Kami positif filem pendek ini akan dapat terbang jauh. Hahaha.

Sekarang kami sedang mencari pelakon-pelakon utama untuk filem pendek ini. Kisah Dalam Kelambu akan menggunakan pelakon yang profesional InsyaAllah.