Friday, November 28, 2008

2 Hari di Pavilion.

Kelmarin dan semalam aku dan Ikha back to back ke GSC Pavilion. Hari pertama untk menonton Twilight dan hari kedua untuk menonton Kinta. Kedua-dua filem ini akan di review di blog Lagi-Lagi Filem. Maybe esok atau lusa review kedua buah filem itu siap.

Kalau tidak disebabkan kedua-dua tayangan perdana yang berlangsung di situ. Memang aku tak pernah terfikir nak ke Pavilion. Aku student dari keluarga kelas pertengahan. Kuasa konsumer aku hampir tiada di situ. Mujur ada tayangan perdana. Kalau tidak entah bilalah aku nak jejak kaki kat situ.

Sebenarnya aku di dalam mode bercuti. Aku dah balik kampung dah pun. Tiba-tiba aku dapat call dari Uitm yag mengatakan skrip filem pendek aku terpilih untuk dijadikan filem pendek dan akan diarahkan oleh aku sendiri. Nak tak nak aku terpaksa datang balik Shah Alam. Jumpa lecturer yang supervise aku punya skrip. Bla and bla, skrip aku kena romen dengan teruk. Hampir semua perkara dalam skrip tu dia pertikai. Pening kepala aku. Dia tak nampak apa yang aku nampak. Dan masalah terbesar aku adalah untuk memberi gambaran secara visual kepada dia. PR aku lemah. Nak beri dia faham dan meyakinkan dia adalah cabaran terbesar aku. Lepas bersembang dalam sejam. Aku cakap aku akan rombak skrip aku.

Sampai sekarang aku tak sentuh lagi skrip tu. Mugkin malam karang. Harap Tuhan buka langit ke 7 malam ni.

Aku perlu ilham.

***

Filem Kinta yang aku tonton semalam merupakan salah satu acara Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur. Mulanya aku tidak tahu pratonton tersebut meruapakan salah satu acara festival tersebut. Aku ingatkan ianya pratonton biasa untuk media seperti sebelumnya.

Di sebabkan itu , aku dan Ikha terpingga-pingga apabila melihat begitu ramai usher/petugas yang berdiri di sepanjang laluan menuju ke meja pendaftaran media. Aku kaget dan serba salah. Ini bermakna untuk mendaftar aku dan Ikha perlu berjalan melepasi para petugas tersebut yang berdiri di kiri dan kanan kami.

Yang lebih menggerunkan usher/petugas yang berdiri tersebut bukan sekadar berdiri dan memberi senyuman tetapi mereka bertepuk dan bersorak setiap kali ada tetamu yang berjalan melepasi mereka.

Sorakan mereka seperti ada makhluk aneh yang berjalan depan mereka.

"What the Fuck!!!" Mulut aku melopong.

Kenapa harus begitu sekali sambutannya. Aku tahulah tujuan tepukan dan sorakan itu adalah untuk memeriahkan majlis. Tapi happening apa kejadahnya kalau dah menyorak-nyorak macam kaum primitif begitu. Perbuatan menyorak tersebut sangat melampau bangangnya bagi majlis antarabangsa sebegini. Aku berani bertaruh yang mat saleh atau mat korea yang hadir ke majlis tersebut akan kagum melihat ketidak bertamadunnan sorakan tersebut.

Memalukan Malaysia betul. Siapa punya kerja ni?

Mujur Mr Ajami Hashim sampai. Aku dan Ikha yang berjalan bersamanya ke meja pedaftaran selamat berjalan melepasi barisan makhluk-makhluk tersebut tanpa ada sorakan. Haha, beruk-beruk itu hanya bersorak apabila ada mat saleh lalu. Kelakar betul.

Aku ingatkan kemarahan aku akan tamat apabila aku selamat sampai ke meja pendaftaran tetapi rupanya ada lagi peristiwa yang memalukan negara berlaku sewaktu filem sedang ditayangkan.

Aku tidak tahulah mana datangnya usher-usher ini. Sangkaan awal aku mereka mungkin pelajar masscom atau pelajar filem yang dijemput bertugas. Ini kerana ada dua orag dari usher tersebut adalah rakan-rakan aku yang belajar masscom di Uitm. Dengan itu, sangkaan awal aku mereka ini adalah terdiri dari remaja-remaja yang meminati filem atau setidak-tidaknya merupakan kaki wayang.

Tetapi sangkaan aku salah. Ada diantara mereka ini lebih mundur dari sakai. Ada tiga ekor beruk di sebelah aku. Satu jantan. 2 betina. Yang tak reti-reti diam bersembang dari mula cerita sampai filem Kinta itu habis. Lebih teruk lagi beruk-beruk ni aku dah sound supaya diam. Tapi dasar beruk yang tak faham bahasa melayu. Dia buat dekk je. Tak sampai lima minit dia berbunyi balik. Paling ngada-ngada beruk yag betina. Kadang-kadang macam-macam bunyi dia buat. Macam tengah kena fingger pun ada.

Mat salleh depan aku berkali-kali tengok belakang ke arah berut bertiga ekor itu. Aku dengar dengan jelas dia bunyikan "Shhh". Tandanya minta beruk itu diam. Tapi entahlah. Makhluk jenis apa. Betul-betul buat malu Malaysia. Sure, Mat Salleh tu akan anggap yang orang Malaysia ni masih tak tahu etika panggung.

Syabas untuk beruk bertiga itu yang mengharumkan nama Malaysia.

Bila filem habis. Lampu dipasang. Aku lihat muka beruk bertiga tu. Dia orang buat selamba je. Cis. Dahlah muka tu huduh. Perangai pula buruk. Nak je aku tangkap gambar muka huduh beruk bertiga tu. Lepas tu upload kat dalam blog ni. Biar satu Malaya tahu.

Sial betul.

Habis filem aku terus balik. Marah tak habis.

Haram punya beruk bertiga. Bagi aku dosa kering free.

Cis.

End.

3 comments:

Muhammad said...

darwin kata
manusia asal dari beruk

tapi u my fren dah buat teori baru
ada beruk dah pandai jadi manusia

if aku la
aku baling pop corn kat muda beruk yg tak reti hormat majlis tu

P/S:tapi aku tahu ko x-buat,sebab pop caremel now sedap la...kat GSC summit , pop cornya amat sedap sekali
:P

hady said...

oh, pengalaman tengok wayang di malaysia kekadang memang menyakitkan hati

ada yg kaki buat part time drilling

ada yang bawak bayi masuk panggung, meraung raung

ada yg sebok buat drama depan panggung, gelak mengada ngada

haaaaaiiiih....

last2 pi nengok di berjaya times square, coz sana xramai orang tgk movie, kurang la sikit monyet monyet tak beradab tu..

Aidi said...

In the FUTURE, in the future; Panggung Wayang akan menjadi just a social place (bersantai) for people to meet, talk, eat etc. dan mungkin budaya menonton, menghayati itu kurang/ pudar. Sinema akan wujud di ruang kamar, di dalam poket etc. Perkara ini telah berlaku dalam proses New Media Convergenge. So, nasib sinema/ panggung mungkin akan berubah. Telah berubah? mmmmm